Monday 28 January 2013

Cara Penggunaan SeaWeed / Rumpai Laut

Cara @ Tip Penjagaan Kulit Menggunakan SeaWeed

Untuk hasil yang terbaik, anda perlu mandi dengan air hangat terlebih dahulu sebelum melakukan pembungkusan rumpai laut ini pada kulit badan. Banyakkan minum air untuk mengelakkan dehidrasi kerana rumpai laut mempunyai kesan diuretik yang kuat.

  • 8oz/ (225g) rumput laut kering di kisar menjadi serbuk
  • 2 titis minyak essential lavender
  • 1titis minyak essential rosemary
  • 3 sudu makan (45ml) dari minyak almond atau minyak zaitun

Kaedah
Campurkan serbuk rumpai laut kering yang sudah dikisar bersama sedikit air suam untuk menghasilkan pes.


Campurkan minyak essential lavender & rosemary bersama minyak almond / minyak zaitun, adunkan ke dalam pes rumpai laut. Jika pes terlalu pekat tambahkan sedikit air. Jika terlalu berair, tambah lagi sedikit serbuk rumpai laut higga pes anda mempunyai kepekatan campuran yang sesuai.


Lumurkan campuran tersebut di seluruh tubuh bermula dengan kaki ke atas. Bungkuskan diri anda dengan plastik  atau  selimut Thermal Foil Cover (boleh digunakan semula). Berkurung di dalam bilik yang hangat untuk 20 - 30 minit, sebelum membilasnya dengan berendam / mandi air hangat/panas.





Cara Memasak / Menyediakan Rumpai Laut;
  • Basuh & toskan rumpai laut lebih kurang 5-6 kali bagi membersihkan dari pasir & kotoran.
  • Rendam rumpai laut yang telah dibasuh semalaman itu, lebih baik jika hanya 2-6 jam agar khasiatnya tidak hilang, maybe akan sedikit berbau.
  • Asingkan air rendaman tadi & basuh lagi untuk 5-6 kali, kemudian toskan.
  • Sediakan periuk & masukkan 2L air kosong untuk rebusan, kurangkan sedikit air ikut sukatan kepekatan yang dikehendaki.
  • Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit, kacaukan hingga hancur. Jika mahu manis boleh dicampurkan dengan gula batu / ginseng.
  • Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan dalam peti ais.
  • Jika untuk dibuat masker muka, asingkan sebahagian rebusan tadi sebelum dicampurkan dengan gula batu / ginseng.

    Cara Pengambilan;
    >  Waktu terbaik untuk mengambil kolagen ini adalah semasa perut kosong (selepas bangun tidur, sebelum sarapan & sebelum tidur).
    >   Kolagen yang telah sejuk seperti jelly (dari peti ais), diambil 3 sudu besar boleh dimakan begitu sahaja (terbaik) atau dicampur dengan cordial/juice kegemaran.


    Cara Memakai Masker;
    @ Terlebih dahulu cuci muka hingga pori muka terbuka (dengan air suam tidak trlalu   
          panas).
    @ Sapukan Kolagen yang tidak dicampur dari peti sejuk, disapu rata di muka.
    @Untuk hasil yang lebih boleh mengikut masing-masing punya cara, antaranya dicampur dengan perahan lemon untuk mencerahkan kulit, atau yogurt bagi menghasilkan kulit yang lembut & gebu.
    @ Biarkan sehingga kering & tegang di muka, juga boleh dibiarkan semalam hanya dicuci selepas bangun tidur.



    *  Masih ingat akan air rendaman semalaman tadi…haaa ada gunanya tu, jangan dibuang…sebab air nie boleh dibuat rendaman kaki elok untuk tumit & kulit kaki yang keras & merekah InsyaAllah hilang, boleh juga disapu pada rambut & kulit kepala bagi masalah rambut & kelemumur, boleh juga dilumur pada satu badan biarkan kering & bilas dengan air suam.

     *  Elakkan meminum minuman yang boleh menyerap vitamin C, kalogen &  glutathione seperti minuman yang mengandungi kaffen.

    *  Untuk kesan yang lebih baik banyakkan minum air kosong. 






No comments:

Post a Comment